Skip to main content

Dunia

3 maut dalam serangan tembakan di gereja Kentucky

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut dalam serangan tembakan di gereja Kentucky

Polis di sebuah gereja di Kentuck pada 13 Jul 2025. (Gambar: Getty Images melalui AFP)

Diterbitkan : 14 Jul 2025 10:12AM Dikemas Kini : 14 Jul 2025 10:13AM
  • Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua wanita di sebuah gereja di Kentucky, dan melepaskan tembakan ke arah seorang pegawai polis negeri di luar sebuah lapangan terbang pada Ahad (13 Jul) sebelum dia ditembak mati oleh polis, menurut pihak berkuasa.
  • Kedua-dua wanita itu ditembak mati di Gereja Baptist Richmond Road di Lexington.
  • Suspek kemudian mencuri sebuah kenderaan kira-kira 16 kilometer dari lapangan terbang dan melarikan diri ke Gereja Baptist Richmond Road, di mana dia mula melepaskan tembakan ke arah orang ramai.
  • Ketua polis tidak memberikan sebarang motif bagi serangan tembakan itu, tetapi beliau berkata terdapat petunjuk bahawa suspek mungkin mengenali beberapa individu di gereja tersebut.
Dijana oleh AI
REUTERS: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua wanita di sebuah gereja di Kentucky, dan melepaskan tembakan ke arah seorang pegawai polis negeri di luar sebuah lapangan terbang pada Ahad (13 Jul) sebelum dia ditembak mati oleh polis, menurut pihak berkuasa.

Kedua-dua wanita itu ditembak mati di Gereja Baptist Richmond Road di Lexington.

Lagi dua orang lelaki turut cedera di gereja itu, termasuk seorang individu yang kini dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Lexington Lawrence Weathers di satu sidang media.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama atau umur suspek.

"Hari-hari seperti ini yang amat sukar," kata Encik Weathers.

"Kadangkala kejadian berlaku, anda tidak tahu mengapa ia berlaku."

Suspek melepaskan tembakan ke arah pegawai polis negeri selepas dia ditahan berhampiran Lapangan Terbang Blue Grass pada kira-kira pukul 11.30 pagi (11.30 malam, waktu Singapura) di Fayette County, kata Encik Weathers.

Serangan tembakan itu berlaku di jalan raya yang menghubungkan lapangan terbang itu tetapi ia tidak berkaitan dengan operasinya, kata polis.

Pegawai polis negeri itu dirawat di sebuah hospital berhampiran dan berada dalam keadaan stabil.

Suspek kemudian mencuri sebuah kenderaan kira-kira 16 kilometer dari lapangan terbang dan melarikan diri ke Gereja Baptist Richmond Road, di mana dia mula melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Polis menjejaki lokasi kereta curi itu di gereja tersebut.

Ketua polis tidak memberikan sebarang motif bagi serangan tembakan itu, tetapi beliau berkata terdapat petunjuk bahawa suspek mungkin mengenali beberapa individu di gereja tersebut.

Encik Weathers berkata polis Lexington akan menjalankan semakan dalam terhadap kejadian tembakan itu, seperti yang dikehendaki oleh dasar jabatan.

Dalam catatan di wadah X pada pukul 1.00 tengah hari, Lapangan Terbang Blue Grass menyatakan terdapat siasatan penguatkuasaan undang-undang yang menjejas sebahagian dariapada laluan lapangan terbang, namun semua penerbangan dan operasi disambung semula seperti biasa.
Sumber : Agensi berita/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita