3 maut dalam serangan pisau di pasar raya Shanghai
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya pinggir bandar di Shanghai pada Isnin (30 Sep) menjelang cuti Hari Kebangsaan China selama seminggu, yang terbaharu dalam siri insiden tikaman di bandar tersebut pada tahun ini.
Penyerang, seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Lin, telah ditahan, menurut polis daerah Songjiang dalam satu kenyataan pada Selasa (1 Okt).
Menurut siasatan awal polis, Lin telah melakukan perjalanan ke Shanghai untuk melepaskan kemarahannya menyusuli pertikaian kewangan peribadi.
Serangan pisau itu berlaku sehari sebelum "Minggu Emas" Hari Kebangsaan China, dengan perjalanan sepanjang tempoh percutian itu dijangka meningkat.
Insiden tikam telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di China, dengan pihak berkuasa kerap menuding jari ke arah penyakit mental. Kanak-kanak di sekolah kerap dijadikan sebagai sasaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.