Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut dalam kebakaran stesen minyak Kabul

Satu kebakaran berlaku di sebuah stesen minyak di ibu kota Afghanistan. Kebakaran kemudian marak ke kompleks kediaman berdekatan dan meragut tiga nyawa. 27 lagi cedera, menurut pegawai Afghan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2019 06:58PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 09:57PM

KABUL: Satu kebakaran berlaku di sebuah stesen minyak di ibu kota Afghanistan. Kebakaran kemudian marak ke kompleks kediaman berdekatan dan meragut tiga nyawa. 27 lagi cedera, menurut pegawai Afghan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Wahidullah Mayer berkata hari ini (4 Jan) bahawa enam wanita dalam keadaan kritikal di hospital menyusuli insiden itu.

Seorang saksi, Encik Saifullah berkata bahawa kebakaran berlaku sekitar awal pagi tadi (4 Jan), selepas waktu tengah malam, di stesen minyak kawasan timur kejiranan Macroyan. Ia dengan cepat merebak ke satu blok perumahan berdekatan.

Para pegawai polis yang dihubungi pihak media mengatakan bahawa siasatan masih dijalankan dan sejauh ini enggan membuat sebarang spekulasi.

Para saksi menjangkakan api cepat merebak selepas satu tangki minyak di stesen minyak itu turut terbakar.  

Sumber : AP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan