3 maut dalam kebakaran besar di California
Tiga orang terbunuh disebabkan kebakaran besar yang melanda Butte County, California, Amerika Syarikat (AS)
(Gambar: Bernama)
LOS ANGELES: Tiga orang terbunuh disebabkan kebakaran besar yang melanda Butte County, California, Amerika Syarikat (AS).
Menurut agensi berita Xinhua, memetik laporan media tempatan pada Rabu, Syerif Butte County, Kory Honea, memaklumkan mayat para mangsa ditemukan di beberapa lokasi berbeza.
Menurut laporan media, satu daripada mayat mangsa ditemukan dalam sebuah kereta.
Kebakaran sejak lebih tiga minggu di California Utara itu memaksa ribuan orang meninggalkan kediaman masing-masing dan turut mengancam bangunan lain yang terdapat di lokasi kejadian.
Ketua bomba, Jake Cagle, berkata petugas lebih menumpukan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kerosakan harta benda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.