Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut dalam gempa 5.9 Richter di Iran, 800 lagi cedera

Anggaran Waktu Membaca:
 3 maut dalam gempa 5.9 Richter di Iran, 800 lagi cedera

Warga Iran berteduh di sebuah bangunan susuli gempa bumi 5.9 Richter di bandar Khoy di wilayah Azerbaijan Barat pada 29 Januari 2023. (Gambar: Soheil Faraji/ISNA/AFP)

TEHRAN: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala lebih 800 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda barat laut Iran.

Kira-kira 60 mangsa yang mengalami kecederaan teruk menjalani rawatan di hospital berdekatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil, menurut penyiar IRIB, memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Pusat gempa terletak di bandar Choi di wilayah barat Azerbaijan, lapor media Iran pada Sabtu malam (28 Jan). 

Gegaran itu turut menyebabkan kerosakan pada bangunan kediaman di bandar Choi dan di beberapa kawasan di wilayah dekat dengan sempadan Turki.

Menurut Pusat Penyelidikan Geo Potsdam, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer sekitar pukul 9.44 malam (1814 GMT) pada Sabtu dan sebanyak 12 gegaran susulan turut dicatatkan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Lebih 70,000 keluarga terpaksa bermalam di luar rumah dalam keadaan cuaca sejuk.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan