Skip to main content

Dunia

3 maut, beberapa pengunjung cedera susuli serangan di pusat beli-belah Copenhagen

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, beberapa pengunjung cedera susuli serangan di pusat beli-belah Copenhagen

Gambar: AP

Diterbitkan : 04 Jul 2022 07:41AM Dikemas Kini : 04 Jul 2022 07:56AM
COPENHAGEN: Tiga terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen, Denmark pada Ahad (3 Jul).

Menurut Polis Denmark, pihaknya sudah memberkas seorang lelaki warga tempatan dan tidak menolak kemungkinan ia adalah satu "tindakan pengganasan".

Serangan pada hujung minggu itu menggemparkan Denmark yang baru saja menghoskan tiga peringkat pertama perlumbaan basikal Tour de France.

Menurut Polis Denmark, para pegawai bersenjata dikerahkan ke pusat beli-belah Field di ibu kota Copenhagen pada lewat petang Ahad (3 Jul) selepas menerima aduan mengenai serangan tersebut.

Pihak polis juga mengarahkan orang ramai yang berada di dalam pusat beli-belah itu supaya menunggu bantuan.

Rakaman media tempatan turut menunjukkan beberapa kumpulan pembeli-belah yang ketakutan berlari dari pusat beli-belah tersebut.

Polis juga melancarkan operasi besar-besaran di seluruh wilayah Zealand pada sebelah petang Ahad (3 Jul), dengan Ketua Inspektor Polis Soren Thomassen memberitahu para wartawan bahawa tiada petunjuk awal yang membayangkan terdapat penembak lain di kawasan berkenaan.

Encik Thomassen bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai motif di sebalik serangan itu mahupun sama ada identiti pelaku sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Hospital utama di Copenhagen, Rigshospitalet, menerima "sekumpulan kecil pesakit" yang mendapatkan rawatan perubatan, dedah seorang jurucakap.

Hospital berkenaan juga sudah mengerahkan lebih ramai doktor dan jururawat untuk merawat mangsa.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita