3 maut, 6 cedera dalam kejadian tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: BPBD Toraja Utara
JAKARTA: Tiga maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.
Jurucakapnya Abdul Muhairi berkata kejadian tanah runtuh itu berlaku dua kali di Kampung Tallang Sura, Daerah Kecil Buntao, pagi Jumaat lalu (26 Apr) berikutan hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil.
Insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada sebuah rumah, menjejaskan yang lain dan laluan jalan raya terputus sementara enam keluarga dipindahkan.
“Pasukan penyelamat tempatan menangguhkan pencarian pada Sabtu. Jalan berjaya dibuka semula untuk kenderaan dua dan empat roda,” kata Encik Abdul Muhairi dalam satu kenyataan.
Beliau menasihatkan penduduk di Daerah Kecil Buntao supaya sentiasa berwaspada kerana keretakan besar telah dikesan di bahagian atas kawasan tanah runtuh, memberi isyarat kemungkinan berlakunya lagi tanah runtuh.
Encik Abdul Muhairi menggesa penduduk di kawasan cerun yang curam di Sulawesi Utara dan Selatan supaya segera berpindah jika hujan lebat berterusan lebih dari sejam.
Pada 13 April lalu, sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam insiden sama yang berlaku di dua kampung dalam Daerah Kecil Makale, Daerah Tanah Toraja, Sulawesi Selatan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.