3 maut, 28 cedera dalam nahas kereta api di Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kompas)
JAKARTA: Tiga orang terkorban dan sekurang-kurangnya 28 cedera dalam nahas antara dua kereta api penumpang di wilayah Jawa Barat di Indonesia pada Jumaat (5 Dis.)
Kemalangan itu berlaku sekitar 500 meter dari stesen kereta api Cicalengka di Bandung.
Media tempatan melaporkan bahawa nahas tersebut melibatkan kereta api Bandung dan Turangga.
Rakaman video menunjukkan sejumlah gerabak kereta api tergelincir dari landasan.
Ambulans dilihat berada di tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.
Dua daripada mangsa itu merupakan pengendali kereta api, kata ketua pengarah kereta api Kementerian Pengangkutan Indonesia, Mohamad Risal Wasal.
Ia tidak jelas apa yang mengakibatkan nahas tersebut atau berapa ramai orang berada dalam kerata api itu. Kesemua penumpang sudah dipindah keluar, dedah pihak berkuasa.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.