Skip to main content

Dunia

3 maut, 17 hilang selepas bot Rohingya karam dalam perjalanan ke M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, 17 hilang selepas bot Rohingya karam dalam perjalanan ke M'sia

Bot yang membawa sekitar 65 orang, dengan kebanyakannya pelarian Rohingya. (Gambar: AP)

DHAKA: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 17 lagi hilang selepas bot yang membawa berpuluh-puluh orang, kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Bengal di luar pantai daerah Cox's Bazar, Bangladesh pada pagi Selasa (4 Okt).

“Kami sudah menemui tiga mayat,” kata Pegawal Pantai Bangladesh Lt Komander Ashiq Ahmed, kepada Xinhua.

“Kami dimaklumkan bot yang membawa kira-kira 65 orang itu berlepas dari Teknaf kira-kira 5.00 pagi waktu tempatan pada Selasa,” katanya.

Beliau berkata bot berkenaan karam di luar pantai Bangladesh disebabkan laut bergelora.

Seorang penumpang yang terselamat memberitahu penyelamat mereka cuba memasuki Malaysia secara haram, menurut pengawal pantai.

Beliau berkata 45 orang, termasuk empat warga Bangladesh dan 41 pelarian Rohingya, berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang mengesan 17 lagi penumpang yang hilang, katanya.

Hampir satu juta Rohingya dari negeri Rakhine di Myanmar kini tinggal di khemah-khemah di daerah Cox's Bazar dan mereka sering cuba menyeludup keluar.  
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita