3 maut, 10 cedera dalam kejadian tembakan di pasar raya Arkansas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: South Arkansas Reckoning/Suzy Parker)
ARKANSAS: Seorang penembak melepaskan tembakan di sebuah pasar raya di Arkansas, Amerika Syarikat pada Jumaat (21 Jun).
Tiga orang awam terbunuh, manakala 10 lagi cedera, termasuk dua orang pegawai polis, menurut Polis Wilayah Arkansas.
Suspek itu turut cedera dalam kejadian tembak-menembak dengan polis, kata Pengarah Polis Negeri Arkansas Mike Hagar kepada wartawan.
Insiden tembakan itu berlaku di pasar raya Mad Butcher di bandar Fordyce, sekitar 112 kilometer dari selatan Little Rock.
"Malangnya, kami boleh mengesahkan bahawa 11 orang awam yang tidak bersalah telah ditembak, dan tiga daripadanya terkorban. Dua pegawai polis cedera dalam kejadian tembak-menembak. Suspek juga ditembak dan ditahan," kata Encik Hagar.
Beliau tidak menjelaskan kejadian itu mahupun menjawab pertanyaan.
Nyawa pegawai polis dan suspek yang cedera dijangka tidak terancam, katanya.
Menulis di laman media sosial X, Gabenor Sarah Huckabee Sanders berkata bahawa beliau diberi taklimat mengenai kejadian itu.
"Saya berterima kasih kepada penguatkuasa undang-undang dan responden pertama atas tindakan pantas mereka untuk menyelamatkan nyawa," katanya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.