Skip to main content

Dunia

3 maut, 1 cedera selepas rumah terbakar di JB

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, 1 cedera selepas rumah terbakar di JB

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor/Facebook)

Diterbitkan : 17 Jan 2025 10:21AM Dikemas Kini : 17 Jan 2025 11:03AM
JOHOR BAHRU: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, terbakar awal pagi Jumaat (17 Jan), lapor BH Online.

Dalam insiden itu, empat mangsa dilaporkan terperangkap dan seorang lagi mangsa lelaki berusia 13 tahun diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Komander Operasi Kanan JBPM, Mohd Faiz Ramli, berkata seramai 24 anggota dan empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian di Jalan Limau Manis, Kampung Oren selepas mendapat panggilan kecemasan orang awam jam 2.46 pagi.

"Di lokasi kejadian, terdapat sebuah rumah struktur kekal sedang marak terbakar yang memusnahkan 80 peratus kediaman berkenaan.

"Terdapat empat mangsa dalam rumah berkenaan dengan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dapat diselamatkan.

"Namun tiga lagi mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan meninggal dunia dengan kesan melecur seluruh badan.

"Mangsa yang diselamatkan melecur di muka dan tangan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI)," katanya dalam satu kenyataan, seperti dinukil BH Online.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita