Skip to main content

Dunia

3 mantan presiden AS kesal terhadap keganasan di Capitol Hill

Sejumlah pemimpin dunia menyuarakan rasa terkejut dan kesal terhadap keganasan yang berlaku di bangunan Capitol Hill.

Anggaran Waktu Membaca:
3 mantan presiden AS kesal terhadap keganasan di Capitol Hill

3 mantan Presiden AS - George Bush, Bill Clinton & Barack Obama. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Jan 2021 07:17PM Dikemas Kini : 07 Jan 2021 07:31PM

AMERIKA SYARIKAT: Sejumlah pemimpin dunia menyuarakan rasa terkejut dan kesal terhadap keganasan yang berlaku di bangunan Capitol Hill.

Sesetengah daripada mereka menyalahkan Presiden Trump.

Begitu juga dengan tiga mantan Presiden Amerika.

Encik Barack Obama menyifatkan serangan ke atas bangunan Kongres sebagai "satu penghinaan dan detik yang amat memalukan" bagi Amerika.

Beliau menambah bahawa keganasan itu akibat hasutan yang dilakukan oleh Presiden Trump yang terus-menerus membuat dakwaan tidak berasas mengenai keputusan pilihan raya lalu.

Mantan Presiden George W Bush dari parti Republican pula menyifatkan keganasan yang berlaku sebagai satu "pemberontakan". Menurut beliau hal seperti itu hanya berlaku di negara yang porak-peranda.

Encik Bush berkata beliau berasa terkejut dengan sikap yang tidak menghormati perlembagaan dan penguatkuasaan undang-undang Amerika.

Encik Bill Clinton pula berkata rusuhan yang berlaku merupakan "serangan yang tidak pernah berlaku" terhadap Kongres dan negara Amerika.

Beliau juga menuduh Presiden Trump yang mencetuskan keganasan itu. 

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita