Skip to main content

Dunia

3 lelaki maut apabila keganasan kembali meletus di wilayah Manipur, India

Anggaran Waktu Membaca:
MANIPUR: Satu lagi insiden keganasan tercetus di wilayah Manipur di India, sekali gus menamatkan ketenteraman yang dicapai selama dua minggu.

Seorang suspek dipercayai menembak mati tiga penduduk kaum minoriti daripada puak Kuki.

Media tempatan melaporkan mereka yang dibunuh adalah orang kuat yang diamanahkan untuk melindungi keselamatan sebuah kampung puak Kuki.

Tentera dan polis India sedang menjalankan operasi bersama untuk memburu dalang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.

Pihak berkuasa tempatan juga sudah memperketatkan tahap keselamatan di wilayah tersebut.

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri India Narendra Modi mengisytiharkan dalam amanat Hari Kemerdekaan India bahawa wilayah itu sedang mencapai keamanan.
Sejak Mei lalu, pertempuran di wilayah Manipur sudah mengorbankan lebih 160 nyawa manakala sekitar 50,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita