Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 lelaki disyaki anggota militan maut dalam berbalas tembakan di Narathiwat

Anggaran Waktu Membaca:
NARATHIWAT: Tiga lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Narathiwat pada Jumaat (20 Jan).  

Dalam kejadian pada kira-kira 9.00 pagi (waktu tempatan), Ketua Polis Siasatan Wilayah Narathiwat Kolonel Polis Direk Shomyon berkata pasukan keselamatan mengepung beberapa buah khemah yang dipercayai tempat bersembunyi sekumpulan anggota militan di kawasan pergunungan di daerah Si Sakhon.

“Ketibaan pasukan keselamatan disedari kumpulan itu dan mereka terus melepaskan tembakan (ke arah pasukan keselamatan). 

“Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir sejam. Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemukan tiga mayat di tempat kejadian manakala yang lain telah meloloskan diri,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pasukan keselamatan turut merampas senjata dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan