Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 lelaki digantung sampai mati di Iran atas kesalahan pengganasan dan membunuh

Iran menggantung dua lelaki sehingga mati atas kesalahan melakukan pengganasan dan seorang lagi atas tuduhan membunuh dan rompakan bersenjata, menurut pegawai agensi berita Mizan Online.

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki digantung sampai mati di Iran atas kesalahan pengganasan dan membunuh

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 09:13PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 09:15PM

TEHRAN: Iran menggantung dua lelaki sehingga mati atas kesalahan melakukan pengganasan dan seorang lagi atas tuduhan membunuh dan rompakan bersenjata, menurut pegawai agensi berita Mizan Online.

Ketiga-tiga lelaki itu digantung pada awal Ahad pagi di timur selatan wilayah Sistan-Baluchistan.

Dua lelaki itu dikenali sebagai Hassan Dehvari dan Elias Qalandarzehi. Mereka diberkas pada April 2014 setelah ditemui memiliki "banyak bahan letupan" dan senjata.

Pasangan itu didapati bersalah atas jenayah menculik, pengeboman, membunuh pasukan keselamatan dan orang awam, dan bekerjasama dengan kumpulan pengganas Jaish al-Adl, menurut Mizan Online.

Dehvari dan Qalandarzehi juga diberkas kerana memiliki dokumen-dokumen dari Jaish al-Adl mengenai "cara membuat bom" serta "takfiri fatwas", yang digunakan oleh pihak berkuasa Syiah untuk merujuk kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para pejuang Sunni.

Jaish al-Adl sudah melakukan beberapa pengeboman berprofil tinggi dan penculikan di Iran sejak kebelakangan ini.

Pada Februari tahun lalu, 27 anggota Pegawai Revolusi Iran dibunuh dalam satu serangan membunuh diri yang didakwa dilakukan oleh kumpulan itu.

Lelaki ketiga yang digantung sampai mati itu dikenali sebagai Omid Mahmoudzehi. Dia didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata dan membunuh orang awam, menurut Mizan Online.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan