Skip to main content

Dunia

3 lelaki didakwa bunuh pemuda kulit hitam Ahmaud Arbery

Tiga lelaki yang ditangkap selepas pembunuhan seorang pemuda kulit hitam, Ahmaud Arbery ketika beliau sedang berlari-lari anak di selatan Amerika Syarikat (AS), pada Rabu (24 Jun) didakwa dengan kesalahan membunuh oleh juri agung.

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki didakwa bunuh pemuda kulit hitam Ahmaud Arbery

Dari kiri William Roderick Bryan, Gregory McMichael dan anak lelakinya, Travis McMichael. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jun 2020 08:37PM Dikemas Kini : 25 Jun 2020 08:47PM

WASHINGTON: Tiga lelaki yang ditangkap selepas pembunuhan seorang pemuda kulit hitam, Ahmaud Arbery ketika beliau sedang berlari-lari anak di selatan Amerika Syarikat (AS), pada Rabu (24 Jun) didakwa dengan kesalahan membunuh oleh juri agung.

Arbery, 25 tahun, ditembak mati pada 23 Februari lalu ketika sedang berlari di kawasan perumahan Brunswick, Georgia, yang memiliki sejarah panjang penindasan.

Selama lebih dua bulan, polis tempatan tidak membuat sebarang penangkapan dan hanya bertindak apabila video pembunuhan itu tular di media sosial pada awal Mei.

Pegawai polis bersara, Gregory McMicgael, 64 tahun, dan anak lelakinya, Travis, 34 tahun, yang kelihatan di dalam video itu ditangkap pada 7 Mei lalu.

Lelaki yang merakam pembunuhan itu, William Bryan, 50 tahun, pula diberkas dua minggu kemudian.

Pertuduhan berkenaan diputuskan secara rasmi oleh juri agung, iaitu sekumpulan orang awam yang dilantik bagi menilai kes sebelum perbicaraan diadakan.

Sembilan pertuduhan, termasuk pembunuhan, serangan dan pemenjaraan palsu dikenakan ke atas ketiga-tiga lelaki itu.

"Mereka menyebabkan kematian mangsa dengan mengejar mangsa menerusi cara yang menyalahi undang-undang, di dalam trak angkut dan menembak pemuda itu menggunakan senapang patah," menurut dokumen tersebut.

Peguam keluarga Arbery, Ben Crump dalam satu kenyataan pada Rabu berkata keputusan itu mengesahkan bahawa kenyataan yang dibuat bapa Ahmaud sejak beberapa bulan lalu, bahawa pembunuhan anaknya dilakukan kerana jenayah kebencian, adalah benar. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita