3 lelaki diberkas kerana dikatakan serang dan merompak di Little India
Tiga lelaki diberkas kerana didakwa menyerang dan merompak seorang mangsa di Hastings Road di Little India. Demikian menurut polis dalam satu kenyataan media pada hari Selasa (26 Jun).

Gambar fail: REUTERS
SINGAPURA: Tiga lelaki diberkas kerana didakwa menyerang dan merompak seorang mangsa di Hastings Road di Little India. Demikian menurut polis dalam satu kenyataan media pada hari Selasa (26 Jun).
"Siasatan awal mendedahkan bahawa tiga lelaki didakwa menyerang mangsa dan meragut rantai emas dan telefon bimbitnya," menurut polis, yang menerima aduan mengenai jenayah itu pada sekitar jam 1.00 pagi pada hari Selasa (26 Jun).
Mereka menahan ketiga-tiga suspek pada sekitar 5.00 pagi di Jalan Ang Mo Kio Street 61.
Suspek-suspek berusia antara 35 dengan 41 tahun dan akan didakwa di mahkamah pada hari Rabu (27 Jun), menurut polis.
Sekiranya didapati bersalah, mereka mungkin dipenjarakan antara lima dengan 20 tahun serta hukuman rotan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.