3 laluan Jalan Mersing-Kota Tinggi naik air
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
KOTA TINGGI: Para pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Kota Tinggi-Mersing, susulan tiga laluan di situ dinaiki banjir setinggi 0.15 meter akibat hujan lebat sejak pagi Isnin (25 Dis).
Tiga laluan tersebut ialah Jalan Kota Tinggi-Mersing (Kawasan Kimlong FT003); Jalan Lokheng/Mawai/Sungai Mas (Sungai Semalok FT099) dan Jalan Mawai Lama (Rumah Burung J172).
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, notis terkini keadaan laluan antara Mersing dengan Kota Tinggi sentiasa dimaklumkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), lapor Sinar Harian.
Menurut beliau, para pengguna jalan raya perlu mematuhi arahan yang diberikan bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian tidak diingini berlaku.
"Keadaan air bah di Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Jalan Mawai Lama beransur surut, namun keadaan cuaca kini mendung dan kemungkinan hujan semula.
"Bagi paras air di Jalan Lokheng/Mawai/Sungai Mas pula dilaporkan semakin meningkat berikutan laluan itu terletak di bawah kawasan berbukit dan hanya kenderaan berat dibenarkan melaluinya.
"Pengguna jalan raya perlu peka, sekiranya keadaan air banjir berarus laju, pengguna dinasihatkan untuk tidak melalui jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin, seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran tahap kuning atau waspada berikutan hujan berterusan diramalkan berlaku di Kota Tinggi dan Mersing.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.