Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 kapal muatan jagung bakal berlepas dari Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
3 kapal muatan jagung bakal berlepas dari Ukraine

Kapal Razoni yang membawa 26,000 tan jagung dari Ukraine ke Lubnan pada 3 Ogos 2022. (Gambar: Ozan Kose/AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 12:35PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 12:35PM

ISTANBUL: Tiga kapal yang membawa 58,041 tan jagung dibenarkan berlepas dari pelabuhan Ukraine pada Jumat (5 Ogos) sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk melepaskan sekatan terhadap eksport bijirin, sedang serangan Rusia memaksa Ukraine untuk menyerahkan kuasa di bahagian timur negara itu. 

Kapal pertama yang membawa muatan bijirin dibenarkan meninggalkan pelabuhan di Odesa pada Isnin (1 Ogos) untuk menuju ke Lubnan di bawah perjanjian laluan selamat yang diusahakan oleh Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Pusat Penyelarasan Bersama di Istanbul yang menghimpun para kakitangan Rusia, Ukraine, Turki dan PBB menyatakan dua kapal akan berlepas dari Chornomosk dan satu kapal dari Odesa pada Jumaat (5 Ogos). 

"Tiga kapal dijangka akan berlepas pada pagi Jumaat (5 Ogos) dari pelabuhan masing-masing," menurut pusat penyelarasan itu. 

Dari Chornomorsk, kapal Polarnet akan menuju ke Karasu di Turki dengan 12,000 tan metrik jagung dan kapal Rojen pula akan membawa 13,041 tan jagung ke Teesport di Britain.

Dari Odesa, kapal Navistar akan membawa 33,000 tan jagung ke Ringaskiddy di Ireland. 

Kapal Turki, Osprey S, yang mengibarkan bendera Liberia, dijangka tiba di pelabuhan Chornomorsk di Ukraine pada Jumaat (5 Ogos), menurut pentadbiran serantau Odesa. Kapal ini merupakan kapal pertama yang tiba di pelabuhan Ukraine sepanjang tempoh perang. 

Presiden Rusia Vladimir Putin mengerahkan pasukan askarnya ke Ukraine pada 24 Februari, mencetuskan konflik terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan menyebabkan krisis tenaga dan makanan sejagat. 

Ukraine dan Rusia menghasilkan kira-kira sepertiga gandum di peringkat global dan Rusia merupakan pembekal tenaga utama di Eropah. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa