Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 juta bungkusan juadah buka puasa diagihkan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dalam 10 hari

Hampir 1.3 juta bungkusan makanan untuk berbuka puasa dibahagi-bahagikan di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam 10 hari pertama bulan Ramadan kali ini, lapor Saudi Gazette.

Anggaran Waktu Membaca:
3 juta bungkusan juadah buka puasa diagihkan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dalam 10 hari

1.3 juta juadah berbuka puasa diagih-agihkan kepada para jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawai sepanjang 10 hari pertama bulan Ramadan pada 2022. (Gambar: Saudi Gazette)

Diterbitkan : 21 Apr 2022 04:30PM Dikemas Kini : 21 Apr 2022 04:36PM

MADINAH: Hampir 1.3 juta bungkusan makanan untuk berbuka puasa dibahagi-bahagikan di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam 10 hari pertama bulan Ramadan kali ini, lapor Saudi Gazette.

Ramadan tahun ini juga adalah yang pertama kali berbuka puasa secara beramai-ramai di kedua-dua masjid paling suci dalam Islam itu dibenarkan semula selepas dua tahun.

Dalam tempoh 10 hari pertama bulan Ramadan juga, lebih 1.25 juta botol air Zamzam diagih-agihkan kepada para jemaah di Masjid Nabawi. Ini selain mengisi 14,000 bekas air Zamzam sebanyak tiga kali sehari dan mengedarkannya ke seluruh masjid itu, menurut Saudi Gazette.

Proses menghulurkan derma untuk juadah berbuka puasa di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dibenarkan semula pada Ramadan tahun ini selepas kebanyakan sekatan membendung COVID-19 ditarik balik di Arab Saudi sejak awal bulan April.

Selain membuat sumbangan untuk juadah berbuka puasa secara online, sesiapa saja termasuk warga asing dari luar Saudi juga boleh menyerahkan langsung wang derma itu kepada beberapa yayasan di Makkah dan Madinah.

Derma tersebut, dalam mata wang Riyal Saudi, akan dibelanjakan untuk makanan berbuka puasa buat para jemaah di kedua-dua masjid paling suci dalam Islam di Saudi.

Setiap hari, orang ramai yang ingin berbuka puasa di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi akan ditempatkan di dalam mahupun di luar kawasan masjid.

Setiap seorang diberikan sebuah bungkusan khas daripada pihak yayasan yang berisi makanan kering seperti roti, biskut dan kurma untuk berbuka puasa.

Ada juga para penderma yang menyumbang langsung makanan atau minuman seperti teh, kopi dan jus kepada orang ramai.

Selesai berbuka, kawasan masjid segera dibersihkan untuk para jemaah bersolat Maghrib pula.

Tradisi di Saudi, buka puasa lazimnya dimulakan dengan juadah ringan dan juadah berat seperti nasi hanya dimakan selepas menunaikan solat Maghrib.

Solat Isyak lazimnya dilewatkan sejam untuk para jemaah menikmati makanan dahulu.

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan