Skip to main content

Dunia

3 hilang dalam letupan gas di bandar pelabuhan utara China

Seramai tiga orang dilaporkan hilang manakala 11 lagi cedera dalam satu satu kejadian letupan gas selepas sebuah bangunan runtuh bandar pelabuhan Tianjin, China.

Anggaran Waktu Membaca:
3 hilang dalam letupan gas di bandar pelabuhan utara China

Tianjin. (Gambar: AFP/Fred Dufour)

BEIJING: Seramai tiga orang dilaporkan hilang manakala 11 lagi cedera dalam satu satu kejadian letupan gas selepas sebuah bangunan runtuh bandar pelabuhan Tianjin, China pada Selasa (19 Jul).

Kejadian itu masih disiasat, namun ia dipercayai berpunca daripada keadaan prasarana yang teruk.

Tiga aras bangunan enam tingkat itu roboh. Menurut agensi berita rasmi Xinhua letupan susulan berlaku sekitar 7.15 pagi.

Pada 2015, satu letupan besar di sebuah gudang kimia di Tianjin meragut 173 nyawa, dengan kebanyakannya anggota bomba dan pegawai polis.

China sedang berusaha menggantikan infrastruktur yang sudah lapuk dengan saluran paip gas semula jadi untuk memasak dan menjana kuasa.

Letupan pada 2014 di pelabuhan timur laut Qingdao membunuh 62 orang apabila saluran paip bawah tanah pecah selepas bocor.

Kod keselamatan bangunan tidak dikuat kuasakan dengan tegas di kawasan luar bandar dengan bangunan ditambah tingkat tanpa mengambil kira struktur menyokongnya. Pada April lalu, sebuah bangunan yang mempunyai apartmen dan restoran runtuh di bandar Changsha, mengorbankan 53 orang.
Sumber : AP/SS/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita