Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 gelombang COVID-19 dijangka landa China semasa musim sejuk

Anggaran Waktu Membaca:
3 gelombang COVID-19 dijangka landa China semasa musim sejuk

Penduduk Beijing beratur untuk membeli ubat pada 12 Disember 2022. (Gambar: CNA/AFP)

BEIJING: Seorang pegawai kanan kesihatan China berkata, negara itu sedang mengalami gelombang pertama daripada 3 gelombang COVID-19 yang akan melanda negara tersebut semasa musim sejuk sekarang.

China sedang berdepan dengan lonjakan kes COVID-19 sejak ia menggugurkan sebahagian besar sekatan pada awal bulan ini.
Pemerintah China melaporkan hanya sekitar 2,100 kes baru COVID-19 pada Ahad (18 Dis).

Namun terdapat keprihatinan jumlah kes harian yang rendah itu disebabkan oleh ujian COVID-19 yang berkurangan baru-baru ini.

Seorang pakar epidemiologi China berpendapat, lonjakan kes akan berlarutan sehingga pertengahan bulan depan.

Gelombang kedua akan disebabkan oleh perjalanan rentas wilayah secara beramai-ramai pada pertengahan Januari apabila para penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Gelombang ketiga pula akan bermula pada lewat Februari, apabila para penduduk kembali ke tempat kerja selepas musim perayaan.

Unjuran tersebut dikeluarkan menyusuli laporan sebuah institut penyelidikan di Amerika Syarikat pada awal minggu ini yang menyatakan, sehingga sejuta rakyat China mungkin kehilangan nyawa akibat jangkitan COVID-19 pada tahun depan.
Sumber : Agensi berita/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan