Skip to main content

Dunia

3 ekor gajah mati disyaki diracun

Tiga ekor gajah betina ditemui mati dipercayai akibat diracun di Kampung Sri Timur 3, dekat Kluang, pada Selasa (4 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
3 ekor gajah mati disyaki diracun

Seekor gajah daripada tiga ekor terbaring bergelimpangan di Kampung Sri Timur 3, dekat Kluang, dipercayai mati akibat racun.

Diterbitkan : 05 Jun 2019 11:26AM Dikemas Kini : 05 Jun 2019 11:27AM

JOHOR BAHRU: Tiga ekor gajah betina ditemui mati dipercayai akibat diracun di Kampung Sri Timur 3, dekat Kluang, pada Selasa (4 Jun).

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata penemuan pada jam 9.30 pagi itu adalah berikutan maklumat orang awam yang ternampak tiga ekor gajah berkenaan terbaring bergelimpangan di kampung tersebut.

“Kejadian telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan Kluang dan kira-kira jam 11.30 pagi. Wakil dari jabatan itu tiba di tempat kejadian untuk menjalankan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban mengesahkan tentang kematian itu dan memberitahu pihaknya masih lagi menunggu laporan forensik untuk mengetahui punca sebenar kematian.

Beliau menambah satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menjelaskan kejadian tersebut. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita