Skip to main content

Dunia

3 ditahan disyaki buang sisa kimia ke Sungai Kim Kim

Tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Khamis lepas (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
3 ditahan disyaki buang sisa kimia ke Sungai Kim Kim

Sisa kimia dipercayai dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Mar 2019 04:25PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 04:27PM

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Khamis lepas (7 Mac).

Mereka yang ditahan terdiri daripada pemilik kilang memproses bahan kimia berusia dalam lingkungan 50-an dan pemilik kilang memproses bahan lusuh berusia 40-an bersama pekerjanya berusia 50-an.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Encik Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata pemilik kilang memproses bahan kimia itu ditahan petang semalam (10 Mac) manakala dua yang lain ditahan jam 12.30 tengah hari ini (11 Mac).

"Kami menyerahkan kepada polis untuk siasatan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar kilang memproses bahan lusuh yang terletak 500 meter dari tempat pembuangan sisa itu.

Khamis lepas media melaporkan 1,400 pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita