Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 Dewan Perniagaan Saudi umum kerjasama; ubah Makkah & Madinah ke hab kewangan, perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:
3 Dewan Perniagaan Saudi umum kerjasama; ubah Makkah & Madinah ke hab kewangan, perniagaan

Masjidil Haram di Makkah. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 26 Dec 2022 04:22PM Dikemas Kini : 26 Dec 2022 04:23PM
ARAB SAUDI: Tiga entiti ekonomi Arab Saudi akan berganding bahu untuk mengubah kota Makkah dan Madinah menjadi sebuah pusat tarikan bagi kegiatan kewangan dan perniagaan dalam Dunia Islam.

Dewan Perniagaan Makkah, Dewan Perniagaan Madinah serta Dewan Perniagaan, Industri dan Pertanian akan menandatangani perjanjian kerjasama bagi projek itu pada Rabu ini (28 Dis).

Pengerusi Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan dan Industri Makkah, Abdullah Saleh Kamel berkata perjanjian itu bertujuan menyediakan sokongan logistik di Makkah dan Madinah.

Ia juga akan menyokong pelaburan di dua bandar suci itu dan menyediakan semua keupayaan yang diperlukan bagi meningkatkan kecekapan persekitaran pelaburan.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan