Skip to main content

Dunia

3 daerah di Johor diramal banjir secara berperingkat hari ini

Banjir dijangka berlaku secara berperingkat di beberapa daerah di Johor iaitu Kulai, Johor Bahru dan Pontian hingga pukul 5.00 petang ini.

Anggaran Waktu Membaca:
3 daerah di Johor diramal banjir secara berperingkat hari ini

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Jan 2024 03:24PM
KUALA LUMPUR: Banjir dijangka berlaku secara berperingkat di beberapa daerah di Johor iaitu Kulai, Johor Bahru dan Pontian hingga pukul 5.00 petang ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (buruk) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi tadi (7 Jan).

Menurut kenyataan berkenaan, lokasi dijangka mengalami banjir adalah di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar sungai terlibat di tiga daerah terbabit iaitu Sungai Siam di Kampung Sungai Siam dan Sungai Siku di Kampung Murni Jaya di Kulai.

Di Johor Bahru pula, ia membabitkan kawasan rendah di sekitar Sungai Tiram di Kampung Dagang, Sungai Skudai di Kampung Laut dan Kampung Pasir, manakala di Pontian lokasi diramal terjejas adalah di sekitar Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun.

"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan. Daerah-daerah lain yang tidak termasuk dalam amaran banjir monsun ini diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga. 

"Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir," menurut kenyataan itu. 
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita