Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 cimpanzi terlepas dari taman haiwan Sweden ditembak, cetus kemarahan orang ramai

Anggaran Waktu Membaca:
3 cimpanzi terlepas dari taman haiwan Sweden ditembak, cetus kemarahan orang ramai

(Gambar: Parks & Resorts Sweden)

FURUVIK: Sebuah taman haiwan di Sweden dikecam kerana menembak mati tiga ekor cimpanzi dan mencederakan seekor lagi selepas haiwan itu terlepas dari kurungan. 

Taman haiwan di Furuvik itu menjelaskan bahawa sekiranya haiwan tersebut diberikan ubat penenang dan tidak ditembak, ia akan menimbulkan ancaman kepada  orang ramai. 

Kakitangan masih gagal mendapatkan lagi tiga haiwan kembali ke kurungan, lapor BBC. 

Cimpanzi-cimpanzi itu terkenal di Sweden dan kematian haiwan itu mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Pengkaji, Mathias Osvath, yang mengenali haiwan itu selama beberapa tahun, menekankan bahawa ia tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada orang ramai. 

"Jika saya melihat haiwan tersebut di taman, jantung saya akan berdegup lebih cepat, tetapi tidak takut sangat. Ia adalah satu tragedi," katanya kepada BBC. 

Kejadian tersebut bermula sekitar tengah hari pada Rabu (14 Dis) apabila cimpanzi-cimpanzi itu terlepas dari kurungan dan mula berkeliaran sekitar taman haiwan tersebut. 

Namun, tidak diketahui bagaimana haiwan tersebut boleh melepaskan diri.

Taman haiwan itu ditutup bagi musim ini, justeru tiada orang awam berada di tempat tersebut. Namun, pegawai taman haiwan berkenaan berkata haiwan yang terlepas dari kurungan masil menimbulkan bahaya dan pekerja diarah meninggalkan tempat itu atau terus berada di dalam bangunan.

"Cimpanzi dikenali sebagai haiwan yang aman, tetapi ia sangat berbahaya. Haiwan itu dapat bergerak dengan pantas, sangat kuat dan tidak takut," menurut satu kenyataan syarikat di Facebook. 

Atas sebab ini, taman haiwan tersebut menyatakan ia terpaksa menembak haiwan-haiwan itu dan tidak memberi ubat penenang  yang hanya boleh ditembak dari jarak dekat. 

Namun, keputusan untuk menembak cimpanzi-cimpanzi itu dikecam hebat. Seorang bekas penjaga haiwan itu menuduh taman haiwan tersebut bertindak secara tidak profesional. 

"Saya rasa mereka panik," kata Ing-Marie Persson kepada penyiar awam SVT. 

Pada Jumaat (16 Dis), taman haiwan tersebut mengesahkan identiti dua cimpanzi yang mati - Linda dan Torsten. Cimpanzi ketiga, Santino juga disahkan mati, manakala seekor lagi, Manda, dikhuatiri sudah mati.

Susuli kejadian itu, pakar zoologi kognitif dari Universiti Lund menggantung kerjasama mereka dengan taman haiwan tersebut. 

"Saya kenal haiwan itu secara peribadi. Saya pernah peluk Manda, cium Linda dan bermain dengan Santino," kata Encik Osvath yang menarik perhatian bahawa cimpanzi-cimpanzi itu pernah terlepas dari kurungan beberapa tahun yang lalu apabila terdapat pengunjung di taman haiwan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan