3 cedera selepas tercampak dari permainan 'Sotong Ride' Pesta Ria Puncak Alam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Tangkapan skrin video @Januarhaikal/Twitter)
KUALA SELANGOR: Baru-baru ini, tragedi yang berlaku di Pesta Ria Puncak Alam menarik perhatian orang ramai.
Ramai yang dilihat meluangkan masa dengan keluarga di pesta ria Puncak Alam baru-baru ini. Namun, tragedi berlaku pada Isnin (12 Dis) apabila terdapat sebuah permainan yang dinaiki para pengunjung rosak dan menyebabkan beberapa orang tercampak.
Berikut adalah video penuh kejadian berkenaan:

Tiga orang didapati cedera kerana terjatuh daripada tapak permainan tersebut, menurut agensi berita Seismik.
Menerusi video berkenaan, kelihatan ada yang menaiki permainan 'Sotong Ride' di situ namun pada akhir video ada yang tercampak gara-gara tapak permainan tidak stabil.
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.00 malam.
Bagaimanapun katanya, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan perkara itu masih dalam siasatan.
"Ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya lapor agensi berita Seismik.
Ketika itu, terdengar suara jeritan yang dipercayai daripada pengunjung pesta ria tersebut. Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian membantu menenangkan mangsa.
Mangsa sudah dibawa ke hospital dan kes tersebut masih dalam siasatan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.