Skip to main content

Dunia

3 beranak maut treler dinaiki terbabas di Gopeng

Tiga beranak maut selepas sebuah lori treler membawa muatan simen yang dinaiki terbabas ke bahu jalan di jalan lama Kota Bharu, Gopeng pada Isnin (2 Okt) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
3 beranak maut treler dinaiki terbabas di Gopeng

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 09:48AM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 10:02AM

IPOH: Tiga beranak maut selepas sebuah lori treler membawa muatan simen yang dinaiki terbabas ke bahu jalan di jalan lama Kota Bharu, Gopeng pada Isnin (2 Okt) malam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.28 malam sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng serta Kampar dikejarkan ke lokasi.

"Semasa anggota tiba, mereka mendapati terdapat tiga orang tersepit di dalam treler iaitu seorang lelaki dewasa berumur 30 tahun dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia lapan dan enam tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini (3 Okt).

Beliau berkata bomba menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan kesemua mangsa kerana keadaan treler yang terbalik dan terpaksa menggunakan jentolak serta jengkaut.

Operasi yang turut dibantu oleh polis, Kementerian Kesihatan serta Tenaga Nasional Berhad itu tamat pada 2.19 pagi dan mayat dibawa ke Hospital Kampar.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu Bernama semasa kejadian, abang saudaranya bersama dua anak lelaki sedang dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Langkap dekat Teluk Intan.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita