3 askar Indonesia dilapor hilang ditemui terbunuh di Papua
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
JAKARTA: Tiga askar yang dilaporkan hilang selepas serangan hendap oleh kumpulan pemisah di wilayah bergolak Papua telah ditemukan mati, menurut Pusat Maklumat Angkatan Tentera Indonesia.
Serangan itu mengorbankan askar dari batalion infantri tentera simpanan strategik, termasuk Prebet Pertama Miftahul Arifin, yang ditembak mati sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter pada Sabtu (15 Apr).
Angkatan Tentera mengenal pasti tiga lagi tentera yang terbunuh dalam serangan hendap itu sebagai Prebet Pertama Kurniawan, Prebet Pertama Ibrahim dan Prebet Pertama Sukra.
Mereka adalah antara 36 tentera yang menyertai operasi menyelamat juruterbang warga New Zealand Phillip Mark Mehrtens, yang dilaporkan ditangkap pada Februari oleh kumpulan pemisah di daerah Mugi-Mam di Nduga.
Media tempatan melaporkan bahawa tentera berpecah untuk mencari tempat perlindungan ketika musuh melepaskan tembakan dari pelbagai arah.
Pasukan tentera memulakan operasi mencari, menyelamat dan mendapatkan semula empat mayat anggota pasukan yang kemudian dibawa ke Hospital Timika di Daerah Mimika pada Rabu (19 Apr).
Pada Selasa (18 Apr), Panglima Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, Laksamana Yudo Margono, mengarahkan askar bersiap sedia dalam kedudukan tempur sebagai tindak balas terhadap serangan terbaru oleh kumpulan yang sebelum ini sebuah organisasi digelar sebagai Free Papua.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.