3 anggota imigresen Malaysia disiasat berhubung kes rasuah lebih RM10j
Anggaran Waktu Membaca:

Kesemua mereka ditahan dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Nilai, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.
KUANTAN: Tiga anggota Jabatan Imigresen ditahan pada Isnin (14 Apr) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah lebih RM10 juta (S$2.98 juta) membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.
Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Nilai, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.
Tiga anggota berkenaan termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an tahun, dipercayai terlibat dalam operasi sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara itu dari tahun 2021 hingga 2024.
Sindiket itu yang dipercayai meraih wang rasuah sebanyak berjuta-juta ringgit yang turut diagihkan kepada anggota imigresen yang lain, malah mereka didakwa menjadi 'tali barut’ agi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting' di KLIA 1 dan 2.
Susulan tangkapan anggota imigresen terbabit, SPRM turut merampas sejumlah barang kemas, wang tunai dan sedang memeriksa beberapa akaun bank dipercayai ada kaitan dengan mereka.
Ketiga-tiga pegawai itu direman bermula 15 April hingga 21 April bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.