3,000 jururawat meninggal dunia akibat COVID-19
Sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia akibat COVID-19, menurut persekutuan jururawat global pada Khamis (11 Mac). Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan ramai petugas kesihatan yang akan meninggalkan pekerjaan itu kerana trauma akibat pandemik.
GENEVA: Sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia akibat COVID-19, menurut persekutuan jururawat global pada Khamis (11 Mac). Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan ramai petugas kesihatan yang akan meninggalkan pekerjaan itu kerana trauma akibat pandemik.
Genap setahun setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kali pertama menggambarkan COVID-19 sebagai satu pandemik, Majlis Jururawat Antarabangsa menyatakan keletihan dan tekanan menyebabkan jutaan jururawat memikirkan untuk meninggalkan kerjaya itu.
Sebaik sahaja pandemik ini berakhir, jururawat berpengalaman yang semakin berkurangan itu mungkin perlu menangani tugas penjagaan biasa di hospital yang tertangguh kerana krisis ini, menurut amaran ICN.
Angka korban jururawat yang diketahui akibat penyakit itu - dikumpulkan dari hanya 60 negara - mungkin anggaran yang jauh lebih rendah daripada jumlah keseluruhan, menurut persekutuan itu.
Ketua eksekutif ICN Howard Catton berkata para jururawat melalui "trauma beramai-ramai" semasa pandemik, terpaksa bekerja sehingga mereka letih secara fizikal dan mental.
"Mereka sampai ke tahap mereka sudah berikan segala-gala yang mereka ada," katanya kepada para wartawan.
Encik Catton berkata bilangan jururawat di seluruh dunia iaitu sebanyak 27 juta, kekurangan enam juta apabila pandemik berlaku dan empat juta bakal bersara menjelang 2030.
Dalam satu laporan, ICN menyatakan pandemik "boleh menyebabkan langkah berhenti kerja beramai-ramai daripada kerjaya itu", dari seawal pertengahan kedua 2021.
Kekurangan jumlah jururawat secara global mungkin meningkat sebanyak hampir 13 juta, tambahnya.
"Kami akan berada dalam situasi yang berbahaya," kata Encik Catton sambil berkata bahawa ia mengambil masa latihan selama tiga hingga empat tahun untuk menghasilkan seorang jururawat baru.
Menurutnya, para jururawat menjalankan tugas "menakjubkan" bagi memimpin seluruh dunia semasa pandemik", sambil berkata mereka akan berkongsi platform setara dengan para pencipta vaksin dalam sejarah COVID-19 pada akhirnya.
Namun sebaik sahaja pandemik ini berlalu, para jururawat perlu berdepan keperluan jagaan kesihatan yang belum dipenuhi dan senarai menunggu, di samping berdepan kemungkinan kekurangan tenaga kerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.