Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

28kg kayu gaharu, 200 liter wangi-wangian diguna untuk wangikan Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Agensi Pentadbir Umum bagi Hal Ehwal Masjid Nabawi sudah menyediakan 28 kilogram kayu gaharu semula jadi, 300 liter wangi-wangian dan minyak pati untuk mengharumkan Masjid Nabawi serta para pengunjung.

Agensi itu juga akan menjalankan lebih 1,400 rondaan untuk mewangikan Masjid Nabawi dan para pengunjung sepanjang bulan Ramadan tahun 1444 Hijriah. Ia akan menggunakan sejumlah minyak pati mewah seperti kasturi dan kayu gaharu, lapor Saudi Gazette.

Solat tarawih di Masjid Nabawi menyaksikan jumlah jemaah yang begitu ramai, sedang mereka menunaikan solat dalam suasana yang tenang serta sekitaran yang dilengkapi sistem keselamatan menyeluruh yang dikendalikan oleh Agensi Pentadbir Umum bagi Hal Ehwal Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Agensi itu menyediakan tempat untuk solat, memasang laluan bagi jemaah dan mengatur jabatan operasi supaya membolehkan para jemaah menunaikan solat dengan mudah, menurut laporan Saudi Gazette.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan