Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

280,000 penunjuk perasaan bantah kenaikan harga minyak, kos sara hidup di Perancis

Sekitar 280,000 orang menyertai tunjuk perasaan di jalan-jalan raya utama merata Perancis kerana membantah kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2018 05:30PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 08:50PM

PERANCIS: Sekitar 280,000 orang menyertai tunjuk perasaan di jalan-jalan raya utama merata Perancis kerana membantah kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Seorang penunjuk perasaan mati dan lebih 220 yang lain cedera, kebanyakannya kerana dilanggar kenderaan.

Harga minyak diesel yang biasa digunakan kenderaan di Perancis naik 20 peratus sejak tahun lalu.

Bantahan 'pergerakan jaket kuning' itu dianjurkan menerusi media sosial.

Ia dianggap sebagai luahan rasa kecewa rakyat terhadap dasar-dasar pembaharuan ekonomi Presiden Emmanuel Macron.

Langkah pemerintah menaikkan cukai minyak menyebabkan rakyat biasa Perancis merasakan mereka yang terpaksa melakukan pengorbanan terbesar dalam usaha Presiden Macron hendak membawa perubahan di negara itu. 

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan