28 maut dalam kebakaran stesen kereta api Kaherah
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam insiden kebakaran di stesen kereta api utama pusat bandar ibu kota Mesir, Kaherah pada Rabu (27 Feb).
Para anggota bomba di stesen kereta api utama Kaherah. (Gambar: Hussein Talal/AFP)
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam insiden kebakaran di stesen kereta api utama pusat bandar ibu kota Mesir, Kaherah pada Rabu (27 Feb).
Kebakaran berlaku selepas sebuah kereta api merempuh tembok landasan stesen.
Gambar yang disiarkan stesen televisyen negara Nile TV, menunjukkan kepulan asap hitam menyelubungi ruang udara stesen kereta api terbabit. Puluhan ambulans dan anggota bomba turut dikerahkan ke tempat kejadian.
Kebanyakan mangsa yang cedera dilaporkan kritikal atau mengalami kelecuran tahap ketiga.
Perkhidmatan kereta api ulang-alik Kaherah juga digantung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.