Skip to main content

Dunia

28 gerai musnah akibat kebakaran Pasar Hujung Minggu Chatuchak di Bangkok

Anggaran Waktu Membaca:
28 gerai musnah akibat kebakaran Pasar Hujung Minggu Chatuchak di Bangkok
Anggota bomba memadam kebakaran di Pasar Hujung Minggu Chatuchak di Bangkok Thailand pada 9 Feb 2026. (Gambar: Facebook/Jabatan Bomba dan Penyelamat Thailand)
Diterbitkan : 10 Feb 2026 04:34PM Dikemas Kini : 10 Feb 2026 04:39PM
BANGKOK: Satu kebakaran memusnahkan 28 gerai di Pasar Hujung Minggu Chatuchak, Bangkok pada Isnin malam (9 Feb).

Ini merupakan kebakaran kedua yang berlaku dalam tempoh hanya beberapa hari.

Pihak polis menyatakan kebakaran tersebut berlaku berhampiran Pintu 1 dan laporan pertama diterima sekitar pukul 10.24 malam, lapor Bangkok Post.

Sepuluh kereta bomba bersama anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian, dengan bantuan pihak polis dan sukarelawan.

Mereka bertarung dengan api yang marak selama kira-kira 30 minit sebelum mengisytiharkan kebakaran tersebut terkawal. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sebanyak 28 gerai yang musnah itu melibatkan kawasan seluas 240 meter persegi di sepanjang tiga lorong di Projek Pasar 17, Soi 9/2–4, lapor Bangkok Post, memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Thailand.

Penilaian awal menunjukkan punca kebakaran disebabkan oleh litar pintas.

Ini merupakan kebakaran kedua yang berlaku di pasar tersebut baru-baru ini.

Pada Sabtu, satu kebakaran kecil yang juga berpunca daripada litar pintas elektrik merosakkan kamera litar tertutup (CCTV).

Para pengawal keselamatan berjaya memadamkan kebakaran tersebut sebelum ia merebak ke kawasan lain.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita