Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2,700 pegawai ditugaskan jelang pembukaan semula sempadan darat, kata Menteri Besar Johor

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Pembukaan semula sempadan darat Singapura-Malaysia selepas tengah malam pada Jumaat (1 April) pasti membawa keceriaan dan kelegaan bagi rakyat kedua-dua negara.

Kebanyakan perniagaan di negeri Johor Bahru misalnya juga terjejas teruk selama dua tahun sebelum ini disebabkan penutupan sempadan.

Bagi pihak Johor, semuanya sudah siap di kedua-dua pusat pemeriksaan menjelang pembukaan semula sepenuhnya sempadan darat Malaysia mulai 1 April.

Bagi memastikan perjalanan lancar orang ramai, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata semua lorong jalan di kedua-dua pusat pemeriksaan akan beroperasi.

Kira-kira 2,700 pegawai juga akan bertugas sepanjang masa, tambah beliau.

Namun begitu, Datuk Onn Hafiz memberitahu para penumpang bahawa kesesakan kenderaan mungkin berlaku terutama sekali pada peringkat awal.

"Walaupun kita telah membuat segala perancangan supaya semuanya berjalan dengan lancar, saya berharap bahawa rakyat Johor, rakyat Malaysia, dan juga pengembara dari Singapore yang akan datang ke Johor supaya bersabar kerana kita jangkakan kesesakan kenderaan dan juga lalu lintas tetap akan berlaku.

"Jadi pada masa yang sama kepada semua yang bakal datang dan balik ke Johor, Malaysia, saya mengucapkan 'Selamat pulang ke Johor. Selamat pulang ke Malaysia'," ujar beliau.

Malaysia juga mengumumkan pengecualian bayaran tol dan jalan raya (RC) untuk semua kenderaan di kedua-dua pintu masuk selama seminggu.

Langkah itu bertujuan untuk memudahkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga selama dua tahun ini.

Langkah berkenaan juga sebagai satu lagi langkah untuk menggalak lebih ramai rakyat Singapura berkunjung ke Malaysia.

Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong berkata: "Saya berharap kita dapat kembali ke satu tahap pra-COVID-19 di mana kita lihat bagaimana ekonomi Johor yang rancak. Di bawah pentadbiran Menteri Besar baru, kita dapat melihat sesuatu yang dapat memberi impak positif kepada ekonomi Johor."

Perniagaan-perniagaan di Johor yang teruk terjejas dengan penutupan sempadan tidak sabar dengan pembukaan semula ini.

Sebelum pandemik melanda, kedua-dua pintu masuk darat antara Singapura dengan Johor adalah antara laluan rentas sempadan paling sibuk di dunia dengan sekitar 350,000 orang melaluinya setiap hari.

Malaysia menjangkakan sekurang-kurangnya 400,000 orang akan merentasi sempadan darat dari kedua-dua arah dalam tempoh seminggu akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan