27 maut akibat hujan lebat di selatan India
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Hujan lebat di Telangana dan Andhra Pradesh di selatan India, mengorbankan 27 nyawa dan menyebabkan kerosakan pada jalan raya, landasan kereta api dan talian janakuasa.
Angka kematian akibat hujan lebat sejak Ahad (1 Sep) di Andhra Pradesh meningkat kepada 15 pada Isnin (2 Sep) selepas enam orang lemas dalam musibah banjir itu.
Hampir separuh daripada bandar Vijayawada mengalami banjir, lapor media tempatan.
Sekolah ditutup di ibu kota Telangana, Hyderabad ketika bandar itu bersiap sedia menghadapi lebih banyak hujan.
12 orang dilaporkan maut dalam insiden berkaitan hujan di Telangana.
Seorang lelaki dan anak perempuannya dalam perjalanan ke lapangan terbang Hyderabad dengan kereta, dihanyutkan oleh arus deras selepas air sungai melimpahi tebing pada Ahad.
Kira-kira 100 perkhidmatan kereta api dibatalkan kerana landasan kereta api yang rosak dan banjir.
Ketua menteri Telangana A. Revanth Reddy menggesa Perdana Menteri India Narendra Modi agar mengisytiharkan bencana di negerinya.
Lebih 17,000 orang dipindahkan dari kawasan banjir dan 110,000 hektar tanah pertanian rosak di Andhra Pradesh, menurut laporan itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.