Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

27 maut, 287 cedera pada hari pertama pesta Songkran di Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Seramai 27 orang terkorban dan 287 cedera dalam 278 nahas jalan raya di seluruh Thailand pada Selasa (11 Apr), hari pertama pesta Songkran yang akan berlangsung selama tujuh hari, lapor Bangkok Post.

Chotnarin Kerdsom, Timbalan Setiausaha Tetap Dalam Negeri, pada Rabu (12 Apr), berkata Pusat Keselamatan Jalan Raya dan agensi-agensi relevan turut melaporkan kemalangan jalan raya di seluruh negara pada Selasa (11 Apr).

Sebanyak 278 kemalangan jalan raya dilaporkan pada hari pertama kempen keselamatan jalan raya, yang menyaksikan 27 kematian dan 287 yang lain cedera, dedah Encik Chotnarin.

Memandu dengan laju menjadi punca utama nahas (35 peratus) dan kebanyakan kemalangan berlaku di jalan raya utama (87 peratus), diikuti dengan lebuh raya (48 peratus).

Pathum Thani, Phetchabun dan Loei masing-masing mencatatkan dua kematian, iaitu angka korban yang tertinggi.

Phatthalung melaporkan jumlah kemalangan dan kecederaan yang tertinggi iaitu 14 dan 18.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Boontham Lertsukheekasem berkata, ramai orang keluar dari Bangkok untuk meraikan Songkran di kampung halaman mereka dan jalan raya semakin sesak gara-gara pesta tersebut.

Beliau turut menggesa para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan trafik.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan