Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

27 dikhuatiri maut susuli kebakaran besar di Osaka

Anggaran Waktu Membaca:


TOKYO: Sekurang-kurangnya 27 orang disyaki terkorban akibat kebakaran yang berlaku di kawasan beli-belah yang sibuk di bandar Osaka, Jepun pada Jumaat (17 Dis).

Polis sedang menyiasat kebakaran itu kerana disyaki terdapat perbuatan berniat jahat, lapor Kyodo News sambil menukil sumber-sumber siasatan.

Sebahagian besar kebakaran itu berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit selepas ia dilaporkan, menurut pihak media.

Rakaman TV menunjukkan berpuluh-puluh anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran di bangunan setinggi lapan tingkat itu.

Sumber : Agensi berita/FA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan