Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

26 orang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran

 Seramai 26 orang termasuk seorang wanita warga emas yang sibuk menguruskan gerai makannya tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Simpang 8, Kampung Lajau Rimba di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
26 orang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Mar 2021 10:53PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 10:56PM

LABUAN: Seramai 26 orang termasuk seorang wanita warga emas yang sibuk menguruskan gerai makannya tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Simpang 8, Kampung Lajau Rimba di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad (14 Mac).

Mesra dipanggil Makcik Khalsum dalam kalangan pelanggannya, wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu pengsan di hadapan beberapa pelanggan tetapnya di Island Garden Food Kiosk sejurus dimaklumkan oleh seorang individu dipercayai jirannya tentang kejadian tersebut pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Pewarta Bernama yang kebetulan berada di lokasi bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang menghantar sebuah ambulans dan membawa wanita itu ke hospital selepas dia didapati mengalami kesukaran bernafas.

“Dia sebelum ini ada masalah jantung,” kata seorang pekerja di warung itu kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan mengesahkan kejadian kebakaran tersebut yang berlaku pada kira-kira 8 pagi, membabitkan rumah papan dua tingkat.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan