Skip to main content

Dunia

26 maut di Congo setelah kabel elektrik berkuasa tinggi putus disambar petir

Anggaran Waktu Membaca:
26 maut di Congo setelah kabel elektrik berkuasa tinggi putus disambar petir

Gambar Hiasan. (Gambar: DAVID MCNEW / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

KINSHASA: Seramai 24 wanita dan dua lelaki mati apabila kabel elektrik berkuasa tinggi putus setelah disambar petir lalu jatuh menimpa rumah-rumah dan sebuah pasar di pinggir ibu kota Kishaha di Congo.

Ketua Polis Kinshasa, Sylvano Kasongo, berkata kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa maut di lokasi kejadian.

Jurucakap pemerintah berkata bahawa Perdana Menteri sudah melawat tempat kejadian tersebut.

Menurut beliau, pemerintah sudah membuat keputusan bulan lalu untuk memindahkan pasar itu kerana ia mengganggu pergerakan kenderaan.

Sumber : Agensi berita/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita