25 maut selepas bas rempuh tiang dan terbakar di India
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Gajanan Mehetre)
MUMBAI: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan lapan lagi cedera di timur India apabila sebuah bas merempuh tiang dan terbakar di satu ekspreswe pada pagi Sabtu (1 Julai).
Bas tersebut sedang dalam perjalanan ke bandar Pune apabila ia melanggar tiang dan terbalik pada tengah malam, menyebabkan tangki minyak dieselnya terbakar, kata pegawai polis kanan Baburao Mahamuni kepada AFP.
"Terdapat sekitar 30 hingga 35 orang di dalam bas itu. Dua puluh lima orang mati dan lapan lagi cedera," katanya.
Mereka yang cedera dihantar ke hospital berdekatan tapak kemalangan di wilayah Maharashtra, kira-kira 400 kilometer timur dari ibu kota kewangan India, Mumbai.
Pemandu dan konduktor bas itu ditahan untuk disoal sisasat, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar India Girish Mahajan kepada wartawan.
"Pemandu berkata tayar bas meletup, kemudian ia melanggar tiang. Namun kelihatannya seperti dia terlelap; kami akan periksa apa yang sebenarnya berlaku," kata Encik Mahajan.
Beliau menambah bahawa mayat-mayat tersebut hangus dan tidak dapat dikenal pasti. Sebuah pasukan forensik sedang dalam perjalanan untuk mengenal pasti identiti mayat-mayat berkenaan.
JALANRAYA TIDAK SELAMAT
Polis berkata mereka sudah melancarkan siasatan ke atas kemalangan itu.
"Keutamaan pada waktu ini adalah untuk mengenal pasti mayat-mayat tersebut dan menyerahkan mereka kepada anggota keluarga mereka," kata Superintendan Sunil Kadasane seperti dinukil media tempatan.
Tiga kanak-kanak antara mangsa yang maut, kata pegawai polis kepada wartawan.
Ketua Menteri Maharashtra Eknath Shinde berkata beliau berasa "sangat sedih" atas kemalangan itu dan berjanji untuk memberi keluarga mangsa yang maut 500,000 rupee (S$8,235).
India menyumbang kepada 11 peratus kematian jalan raya di dunia meskipun hanya mempunyai satu peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di dunia, menurut laporan Bank Dunia yang diterbitkan pada 2021.
Laporan yang sama juga menganggarkan 150,000 kematian akibat kemalangan kereta berlaku di India setiap tahun, bersamaan dengan satu kemalangan setiap empat minit.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.