Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

25 maut lori kargo yang bawa penumpang terbabas

Di Mexico, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 30 orang lain dilaporkan cedera apabila sebuah trak kargo yang membawa penumpang terbabas dari jalan raya. Ini menurut para pegawai Mexico pada malam Khamis (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
25 maut lori kargo yang bawa penumpang terbabas

Kemalangan di Mexico yang ragut 25 nyawa. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Mar 2019 05:04PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 05:09PM

TORY, MEXICO: Di Mexico, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 30 orang lain dilaporkan cedera apabila sebuah trak kargo yang membawa penumpang terbabas dari jalan raya. Ini menurut para pegawai Mexico pada malam Khamis (7 Mac).

Kemalangan itu berlaku di sebuah lebuh raya di wilayah Chiapas dekat sempadan Guatemala.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan senarai warga negara mangsa tetapi memaklumkan mereka dari negara-negara di Amerika tengah.

Chiapas merupakan laluan transit bagi para pendatang, terutama dari Guatemala, Honduras dan El Salvador yang ingin ke sempadan Amerika Syarikat.

Pihak media melaporkan bahawa para penyiasat sedang mempertimbangkan kemungkinan bahawa pemandu trak tersebut hilang kawalan akibat satu kerosakan mekanikal. 

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan