Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

25 mangsa dipindahkan susuli banjir kilat di Batu Pahat

Seramai 25 penduduk di Kampung Sungai Kluang Laut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) dekat Batu Pahat, malam tadi (5 Dis) menyusuli banjir kilat.

Anggaran Waktu Membaca:
25 mangsa dipindahkan susuli banjir kilat di Batu Pahat

Banjir di Johor. (Gambar Hiasan: Bernama)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 12:42PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 01:03PM

JOHOR BAHRU: Seramai 25 penduduk di Kampung Sungai Kluang Laut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) dekat Batu Pahat, malam tadi (5 Dis) menyusuli banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata PPS Pulapem dibuka pada pukul 9.00 malam tadi selepas beberapa rumah dinaiki air.

"Air pasang besar melebihi tiga meter yang melimpah di Kampung Sungai Kluang Laut telah menyebabkan banjir kilat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Para mangsa yang dipindahkan melibatkan enam lelaki, tujuh wanita, tiga kanak-kanak perempuan, tiga kanak-kanak lelaki, dua bayi lelaki serta empat warga emas.

Cuaca ketika ini cerah dan baik namun pemantauan oleh pihak terlibat akan diteruskan, katanya lagi. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan