Skip to main content

Dunia

25 juta penduduk dunia mangsa pemerdagangan manusia

Kenyataan itu terkandung dalam dalam laporan tahunan Jabatan Negara mengenai pemerdagangan manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
25 juta penduduk dunia mangsa pemerdagangan manusia

Setiausaha Negara AS Antony Blinken, tiba di sebuah sidang media di Bangkok. (Gambar: Stefani Reynolds/POOL/AFP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyatakan hampir 25 juta penduduk dunia menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Kenyataan itu terkandung dalam dalam laporan tahunan Jabatan Negara mengenai pemerdagangan manusia.

Tahun ini Vietnam, Kemboja serta Brunei dimasukkan ke dalam senarai hitam negara-negara yang didakwa tidak bertindak secukupnya bagi membantu mereka yang dipaksa menjadi pekerja seks dan pekerja hijrahan.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata: "Masalah ini sangat besar. Hampir 25 juta orang kini jadi mangsa pemerdagangan manusia. 25 juta orang.

"Amerika Syarikat komited untuk membanterasnya kerana pemerdagangan manusia menggugat masyarakat, menjejas ekonomi, membahayakan pekerja, memperkayakan pengeksploit mereka, melemahkan perniagaan yang sah dan paling asas sekali kerana ia sangat salah."

Encik Blinken menyebut perang di Ukraine sebagai penyebab utama masalah itu.

Menurut beliau, jutaan rakyat Ukraine yang terpaksa meninggalkan negara mereka amat terdedah kepada kegiatan eksploitasi dan pemerdagangan manusia.

Perangkaan menunjukkan kira-kira 90 peratus pelarian itu adalah wanita dan kanak-kanak.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita