25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Pihak polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terlibat dalam kejadian letupan bom motosikal itu pada Jumaat (14 Feb). (Gambar: Agensi berita)
Ketua Polis Weng Kol. Pol. Heraman Chedee berkata kejadian berlaku pada 7.15 malam waktu tempatan, apabila bom yang dipercayai dipasang pada sebuah motosikal, diletakkan kira-kira 700 meter dari Balai Polis Weng, meletup.
"Hasil pemeriksaan rakaman CCTV (kamera litar tertutup), suspek dilihat membawa motosikal yang diubah suai dengan bom buatan sendiri sebelum meletakkannya di hadapan pos kawalan keselamatan sukarelawan.
"Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakan dengan motosikal lain lima minit sebelum bom meletup," kata Encik Heraman ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Encik Heraman berkata letupan itu menyebabkan 22 orang awam dan tiga anggota sukarelawan cedera, selain merosakkan beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
"Polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terlibat dalam serangan ini," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.