Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

248 mangsa banjir masih berlindung di 2 pusat pemindahan sementara Sarawak

Anggaran Waktu Membaca:
KUCHING: Sejumlah 248 mangsa banjir kilat di Sarawak masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 63 Ketua Isi Rumah (KIR).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi dan PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Berdasarkan laporan sama, kesemua mangsa bencana banjir kilat tersebut didaftarkan di daerah Kuching melibatkan penempatan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa, lapor agensi berita Astro Awani.

Setakat ini, beberapa penduduk dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing bagi meneruskan aktiviti pembersihan kawasan kediaman selepas kawasan terjejas diiktiraf selamat oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Laporan Pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak turut dilaksanakan melibatkan 35 lokasi di tujuh bahagian iaitu Kuching, Samarahan Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang, dipetik Astro Awani.

Kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mendapati, berdasarkan analisis model-model cuaca, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kawasan-kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 23 Mac 2023.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan