248 mangsa banjir di Melaka dipindahkan ke 5 pusat perlindungan sementara
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
MELAKA: Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, setakat pukul 7.30 malam ini (11 Ogos) berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata 14 kawasan terjejas banjir membabitkan Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih dan Kampung Lekok.
Selain itu, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baharu Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang, Kampung Berisu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3 serta Taman Seri Aman turut terkesan akibat bencana itu.
“Setakat ini, PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 63 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Perkim Masjid Tanah (empat mangsa daripada dua keluarga), PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar (67 mangsa dripada 10 keluarga).
“...manakala PPS Balai Raya Ayer Paabas menempatkan empat mangsa dan PPS Taman Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu 2 (110 mangsa daripada 20 keluarga),” katanya.
Pihaknya menjangka terdapat pertambahan malam ini berikutan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih masih dalam proses mendaftarkan mangsa.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.