Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

246 orang didenda di Johor kerana ingkar kawalan pergerakan

Seramai 246 individu termasuk remaja bawah umur didenda RM1,000 (S$330.39) seorang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dua pusat hiburan di bandar raya itu pada Jumaat (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
246 orang didenda di Johor kerana ingkar kawalan pergerakan

Suasana di Kuala Lumpur selepas berlakunya COVID-19. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 26 Sep 2020 02:58PM Dikemas Kini : 26 Sep 2020 03:00PM

JOHOR BAHRU: Seramai 246 individu termasuk remaja bawah umur didenda RM1,000 (S$330.39) seorang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dua pusat hiburan di bandar raya itu pada Jumaat (25 Sep).

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka yang berumur antara 15 dan 63 tahun itu didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal dan peraturan ditetapkan di bawah PKPP.

“Kesemua mereka diperiksa menerusi operasi bersepadu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPK Johor, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), mulai 10 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini (26 Sep).

Beliau berkata daripada 246 individu itu, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun kerana saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lelaki rakyat Singapura berumur 63 tahun kerana gagal mengemukakan pasport.

Beliau berkata lima lelaki rakyat asing, masing-masing seorang rakyat Taiwan, Nigeria, United Kingdom, China dan Yaman serta enam wanita melibatkan seorang rakyat Indonesia dan lima warga Thailand, turut ditahan kerana didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan.

Remaja lelaki berkenaan direman mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki Singapura dan 11 lagi warga asing terbabit mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c)  Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan